Kronologi "FRAY"

KRONOLOGI "FRAY" Apa cerita??? semestinya cerita tentang kehidupan aku yang aku nak luahkan kat blog ni...so memandangkan ni blog aku,aku boleh katakan apa sahaja yang aku mahu...yang penting aku hanyalah blogger biasa yang inginkan pembaharuan dalam setiap sudut pemikiran..."HIDUP PERLU PERUBAHAN JIKA KITA NAK MAJU KEHADAPAN" kannnnnn..........

Tuesday 22 November 2011

Selamat berangkat pulang.......

Hurmmmmmmmm.....18/11/2011, bagi aku hari yang agak menyedihkan sebab adik angkat aku nak pulang kerkampung halamanya di nun jauh seberang dari semenanjung ni..SABAH, jauh kan...sebulan lak tu cutinya, aiseyyyy dah berjauhan ngan adik angkat aku...takpa2 pejam celik, pejam celik.....balik jugak dia nanti..so kena sabar menanti jerla..kannnnnnnn. apa2pun kami banyak habiskan masa sehari kami tu dengan lepak & makan jerla....huuhuhuu, tapi menu macam biasa, nak tahu apa dia???


hah...ni dia, makanan wajib la kalau aku merayap ngan adik angkat aku...mee sizzling, kalau tak makan tak sah k...heheheh..lepas jer makan, apalagi mesti la mencari pencuci mulut bak kata orang putih "DESERT", cari punya cari.....last2 wat keputusan untuk makan "big apple" fuhhhhhhhhh terbangkit selera....mana taknya, sedap bukan main lagi...tak salahla kalau harganya agak tinggi untuk sebiji donut..betul tak???


kali ni, aku beli 3 biji jer....bukan apa, hari tu beli sampai 6 biji..makan sampai nak rabak perut ni..ehehehe. apa2pun pilihan tetap donut perasa kegemaran kami, "KEJU" , "ALMOND" & "YEM"..bila tengok balik gambar ni, rasa macam nak makan lagi jer...huuhuh tapi takder sapa lak nak temankan gi beli..aiseyyyyyy tu yang masalahnya..frusttttttttt aku..



lepas makan jer, memandangkan perut pun sudah senak kekenyangan, baik aku lepak dok wusha orang sekeliling kat jusco tu...sambil2 snap pictre, ada gak faedahnya..hehehe..nak tengok wayang semua cerita macam hampeh!!!!! tak best n tak dapat menarik mint untuk aku tonton..menci tol!!!! lepak punya lepak..dah lewat petang , nak masuk pukul 8 mlm tak silap aku..apalagi mulakan rondaan malam ler...tempat yang dituju "GERBANG MALAM" di bandar ipoh...tujuan kesana haruslah nak jumpa n lepak ngan member2 lain jugak...


memandangkan dah lewat malam, kami gi isi perut kami kat mana??? dah tentu le MCD.....makan biasa2 jer, kata orang santai malam2 ni....relax jer, kira destinasi perjalanan kami terakhir kat mcd ni jer..aku makan2 snap pictre sikit, borak2 kosong..pas tu pulang, sebab adik angkat aku terpaksa bertolak awal pagi besok...



apa2 pun aku ucapkan SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMANYA DI SABAH, & adik aku pun dah selamat sampai dan tengah bergembira bersama familynya yang tersayang...kalau ada umur panjang bertemu kita lagi disini....


"ORANG KATA KALAU ADA UMUR YANG PANJANG PASTI AKAN BERJUMPA LAGI"

Friday 18 November 2011

kenduri kahwin VS aniversry.....

kalau tengok pada bulan ni....tarikh keramat 11/11/11..memang jadi pilihan untuk pasangan2 bahagia mendirikan rumah tangga....termasuk la kakak kepada TTM aku, kahwin jugak dia....dah sampai seru lakatakan, alhamdulillah semua berjalan ngn lancar amin.....aku pun tumpang gembira, almaklumlah aku pun sibuk jugak time persandingan tu..tolong sana tolong sini...penat memang penat, tapi kadang2 seronok jugak biasla gotong royong selalunya pakai catering....


muka letih...tapi puas hati

hihiih... aku just tayanggkan gambar pelamin jerla k, bukan apa kalau nak letak gambar pengantin nanti tak elok lak tanpa kebenaran, betul tak....yang pasti meriah.

Tapi bagi aku 11/11/11 adalah hari yang paling istimewa buat aku............yerla, aku sambut aniversry yang ker 10 bulan, pejam celik, pejam celik......mcm2 maslah n dugaan yang datang dan aku dapat hadapi akhirnya smpai sekarang aku dapat bertahan..amin.... nak kata, aku ni bukan la romantik mana pun..tapi yerla aku sebagai lelaki mestila kena ada sifat mat romeo jugakan..hehehehhe, apa2pun untuk malam bahagia tu aku dah plan sebulan awal khas untuk si dia.....

cincin 11/11/11

Malam 11/11/11...aku ajak dia dinner dekat sebuah cafe di sekitar bandar ipoh, malam tu apa kena tah, aku ngn dia jadi segan2 sikit..hehehhe mungkin gugup kot sebab pertama kali sambut...apa2pun selesai makan, apa lagi masa yang aku tunggu dah sampai 11/11/11  tepat pukul 11.11pm aku memberi si dia sebentuk cincin ukiran nama kami dan sekeping kad beserta cd yang aku hasilkan sendiri tentang kisah cinta kami....masa tu aku seronok sangat bila dia katakan dia sangat teharu dengan apa yang aku lakukan malam tu...hurmmmmmm tersentuh aku bila dengar mcm tu..apa2 pun, kami always bahagia sampai sekarang, kalau gaduh2 tu biasalah..adat, kena sabar n banyak tolak ansur. betulkan...


11/11/11........bagi aku hari yang penuh dengan makna bukan untuk aku jer, tapi untuk semua yang melahirkan PERISTIWA bahagia pada masa tu..

"BAGI AKU 11/11/11 AKAN AKU KENANG SAMPAI BILA2"


Jalan2 Cari Makan...

Aiseyyyyy....lama tak update blog ni, bukan apa.. paham2 la line mcm siput sedut kurang air.hahahhaa. lupakan, now line kembali elok semula....

Kalau dok perhati tajuk kali ni...paham2 sudah makan la jadi ceritanya.....alkisahnya, nak ke jusco sebab nak tengok movie, tup2....perut lak yang jadi isu..ahhahahha apalagi soru jerla....dah mcm rancangan "JALAN2 CARI MAKAN" yerla dah lari arah tujuan....haks3.


hah!!! yang ni salah satu makanan yang aku pelahap semalam...fuhh...naik termuntah aku menelanya, bukan apa kenyang sesangat.. 6 jenis tu.huuhuhu tapi leh tahan sebab berkongsikan. sebelum makan donut ni, aku dahulukan dengan sizzling mee....yang tu aku layan sebab dah memang menjadi makanan kegemaran aku..huhuuhuh........


ater semalam memang kenyang....sabor jerla, pesal nafsu makan membuak2 entah. ish2...pas dah setel makan semua, haruslah window shopping dulu, jalan2 borak2 kecoh2 kannnnnnn....bru meriah, apa2 pun tak sedar dah 6.30 pm, so apa lagi aku teruskan perjalanan jalan2 cari makan aku..huuhuhu. perhentian seterusnya sudah semestinya kawasan tapak pasar malam...dunia makanan tesergam indah. hahahha merapu jer..kat sana  beli ayam goreng, nyum2....sedap........


dah memborong......aku teruskan dinner aku lak, singgah ker giant, menu pilihan sudah semestinya "SIZZLING YEE MEE" mantoppppppppppppppppp...............hahahhahah, dah la sedap dapat banyak pulak tu, pelanggan tetap la katakan. hehehe..... n then gi ronda ipoh, yang tu agak sakit hati gak la, biasala semua orang tahu ipoh mati waktu malam...sadis sungguh..tapi walau mcm manapun.....aku tetap seronok, kenyang, dan agak sedih...sebab apa hanya orang yang tertentu jer yang tahu....RAHSIAAAAAAAA.....

"SEKALI SEKALA LAYAN NAFSU MAKAN TAK SALAH...NANTI TAK DAPAT KEPUNAN LAK......"

Wednesday 9 November 2011

Melawat tempat kerja lama (EMPANGAN)

Hari ni aktiviti aku boleh dikatakan penat jugak la..tapi puas hati, sebab hari ni aku pergi melawat tempat kerja lama aku...dekat "empangan sultan azlan shah" di ulu kinta perak..ermmm dah hampir 5 tahun aku tak singgah, tapi yang peliknya dalam tempoh masa yang lama tu, masa aku masuk ke sana, aku tengok sama jer....takder perubahan langsung, yang lainya sebab ada pekerja yang baru dan ada jugak yang dah bersara...rakan sekerja yang lama pun masih ada jugak...alhamdulillah diorang masih ingat kat aku lagi..ehheheh


yang ni kawasan operasi dimana setiap air yang akan dirawat ditempatkan...ermm kalau nak tunjuk air tu,kira nanti korang pun tak lalu nak tgok.ish2 kotor sehhhhhhh......warna dia macam teh tarik yang kaw2 punya....tapi its k...lepas dah dirawat, dan di masukkan macam2 kedalam air tu barulah jadi sejernih yang dikeluarkan melalui saluran paip.



Pas tu aku terus gi naik EMPANGAN SUlTAN AZLAN SHAH...rindu lak aku kat sana, yerla dah 5 tahun tak gi. lagipun aku kira bertuah dapat pergi sana..bukan semua orang dapat masuk ke kawasan empangan, almaklumlah, kawasan larangan katakan.heehheheh.....bila tengok balik, ermmmm sama jer airnya, kotor jer memanjang..ni semua salah peneroka aktiviti pembalakan yang berlaku disekitar kawasan empangan...habis tanah dah bercampur dengan air, tu pasal jadi mcam ni..haishhhhhhh!!!!!!! geram tol aku ngan aktiviti pembalakan ni...



ermm...malang yer tak sempat aku nak keluar bergambar dekat empangan ni, bukan apa...hari ni cuaca bukan main panas lagi...kalau keluar sekejap pun dah gelap kulit kot...aiseyyyyyyy....baik aku jaga kulit aku kan..hahhahah, apa2pun..pada sesiapa yang tak pernah lihat rupa empangan, ni di bentuknya..seakan2 piramid,sebab apa aku cakap macam tu, sebab kita boleh masuk dalam empangan ni...so kira macam piramid la jugak kan...tapi dalam tu serius aku kata seram giler....kalau tak pakar boleh sesat tak kluar2...jawapnya mati kering la korang dalam tu..huuhuhuhuh

"MACAM2 INGATAN TERUSIK BILA TERINGAT SEMULA KENANGAN LAMA"

Tuesday 8 November 2011

Jalan ker 'LUMUT' bersama TTM

Hari ni aduhai...letih aku satu badan,dari ipoh menuju ker "LUMUT" dengan naik lilo aku jer, bertolak dr pukul 10.45 sampai pukul 12.00, hoohohoh.pecut habis ni segala jenis kenderaan dekat jalan raya tu...apa2 pun alhamdulillah, aku dengan TTM aku selamat sampai..aku tengok keadaan masih sama jer, mendap jer...pelancong pun kurang, aiseyyyy jemu beb...tapi takpa la.alang2 dah sampai "kita enjoy"....


enjoy pun enjoy gak..tapi biasa la, sekarang ni musim awan asyik emo jer, tak habis2 awan tu menangis (HUJAN)..huhuhuh agak terganggu jugak la percutian aku ni, btw its ok...ala hujan rahmat la katakan..yer dakkkk....hujan punya hujan..aku singgah kedai makan nak berteduh jer, makan hanya ciput.ermmm nak bergambar pun payah kalau dah suasana mcm tu kan....


tengok gambar pun tau...sunyi jer kan.hahahah,jeti pun tak ramai orang...hurmmm..aku sampai kat sini pun bukan wat apa sangat,baru duk dlm seminit tengok laut hujan turun..pas tu apa lagi beli makanan hasil laut kat gerai2 berdekatan...mahal ada murah ada..yang pasti kena bijak berbelanja...haks3...dah macam "DESTINASI BAJET" pulak aku ni.



ermm...mesti korang tertanya2, pesal gambar aku letak takder gambar aku atau TTM aku..huuhuh alkisahnya...nak bergambar camna kalau dua2 buat muka "hangin satu badan". huuhuh biasala pertelingkahan mesti adalah...takkan lari punya, time2 cuti pun kami nak gaduh.ni semua pasal kami ni, ego kuat sangat, dua2 taknak kalah, ni la jadinya..huhuhuhu...apa2 pun pengakhiranya aku mintak maaf dan dia pun mintak maaf gak...jadi kami berbaik semula walaupun pada permulaanya agak mengerunkan jugak la kami gaduh..yang pasti perjalanan pulang kami dibasahi dengan air hujan..lenjun satu badan...

"MEMINTA MAAF DENGAN IKHLAS TU ADALAH UBAT UNTUK SEMUA KESALAHAN YANG BERLAKU"


Monday 7 November 2011

Makan...makan...& makan!!!!! (raya haji time)

Semalam,fuhhh!!! nak jadikan cerita..aku yang tgah amalkan pemakanan yang seimbang ni trus tak seimbang sebab apa,almaklumlah perayaan punya pasal..soru jer semua benda..naik termuntah aku, MAKAN...MAKAN....MAKAN...DAN MAKAN LAGI........aiseyyyyyyyy sampai nak kunyah satu makanan pun ambik masa punya lama.. juadah kat umah aku dah la banyak,macam2 lak my mom masak semalam...telan jerla walaupun mulut kata dah kenyang..hehehhe taknk hampakan hati seorang ibu la katakan...

juadah raya haji

yang ni semua juadah kat umah aku semalam..bak kata tag line astro, MACAM2 ADA!!! ehheh ada nasi impet kuah kacang,dalca,ayam masak merah,rendang daging,kari kambing,nasi tomato,nasi bryani,jelatah & mcm pencuci mulut...yang ni ada dekat meja makn jer,tak tgok dapur lagi..huuhuhuh..pas makan,merayap umah member lak,aktiviti apa lagi,MAKAN JER LA..huhuhuh.apa2pun puas hati la jugak..sekali sekala mkan mcm ni...esok lusa senaman la balik.kannnn.

"REZEKI DEPAN MATA JANGAN TOLAK....NANTI DAH TAKDER KEPUNAN PULAK"

Sunday 6 November 2011

Dulu & Kini

Sapa sangka aku yang dahulunya tembam,berisi dan agak debab bertukar pada bentuk badan yang aku inginkan...hurmmm semua atas usaha aku..yerla....dengan keadaan aku dulu, ishhh susahla...takder sapa nak pandang, gurauan diorang wat kat aku....ingat aku apa!!! panas jer bila ingat balik...huuhuhu.sebab tu aku bertekad untuk menjadi lebih baik dari dulu....bukan aku tak bersyukur pada diri aku sebelum ni..tapi setiap orang perlukan perubahan,aku perlukan perubahan..niat aku perlu aku laksanakan, bukan sekadar hangat2 tahi ayam..so,aku berusaha untuk menjadi n berubah kearah yang lebih dari sebelum ni...


Hahhhhhh....apa mcam,perubahan aku dulu dan sekarang??? banyak beza kan...aku bersyukur and happy sangat sebab usaha aku sampai ke tahap sekarang.kira berbaloi. ni pun dah kira melebihi jangkauwan aku....ehhehehehhe aminnnn berjaya jugak...rahsianya??? takder rahsia pun yang penting amalkan hidup sihat..tu jer..selebihnya bergantung pada diri sendiri samada rajin atau malas...tepuk dada tanya selera..betol tak...

"KATA ORANG NAK KAN SESUATU BERHASIL,TEKAD & USAHA KENA LA SELARAS, BARU MENJADI"

SELAMAT MENYAMBUT RAYA HAJI


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TERUTAMANYA RAKAN2 YANG MEMBACA BLOG FRAY TERMASUK RAKAN2 DARI "MUKA BUKU" FACEBOOK

( 06-11-2011 )

TINDAKAN YANG DISALAH ERTI...........

Pengorbanan....bila disedar semula,aku bekorban demi orang yang aku sayang,orang yang aku percaya,orang yang aku anggap sebagai kawan...namun,perkara yang dikorbankan berakhir dengan tanda tanya akibat perubahan sikap dan personalitinya...ermmm,apa salah aku bila bekorban..mungkin tindakan yang aku lakukan bagi aku untuk membantunya...tapi apa yang diliht dr sudut pandanganya hanyalah pertanyaan yang tak mampu terungkap,yang tak mampu dilafazkan dan yang tak mampu difikirkan..


sebaga seorang sahabat mungkin itu sebahagian dari cara aku untuk membantu...tapi aku tak salahkan seiapa jika cara yang aku lakukan mendatangkn pandangn buruk dan keji pada diriku...aku sedar siapa aku, hanya aku yang mengetahui diri ku,hanya aku yang mengetahui sifatku,hanya aku yang mngetahui cara ku,hanya aku yang mengetahui personalitiku dan hanya aku yang tahu tindakbalas ku......tapi seandainya,orang2 yang mengenali ku membuat tanggapan yang dikatakan apa2 sahaja yang ingin diluahkan  terhadap ku..aku terima seadanya..aku berharap kepuasan hati terhadap pemikiran dan tomahan yang dilemparkan pada diriku memberi seribu kegembiraan terhadap mereka...


 aku hanya manusia biasa yang masih belajar dari kesilapan hidup yang penuh cabaran onak dan duri yang sentiasa berlegar disetiap saat hidupku...aku cuba,aku cuba.cuba.dan terus mencuba membaiki dan membetulkan apa yang dianggap slah........sehinggala fray daznle yang orang kenal selama ni memejamkan matanya buat kali terakhir.....mampu atau tidak,terserah pada usaha diriku,selebihnya tawakal menjadi tatapan hidupku,seperti yang selalu dikatakan aku akan terus buat orang tersenyum,ketawa,dan gembira...biarlah topeng senyuman yang selalu terukir diwajahku dilihat ramai,dan bukan lah kesedihan yang terpacul di ruang penuh wajahku...apa2 yang terjadi,aku akan sentiasa bersabar kerana aku percaya "KESABARAN MEMBAWA KEGEMBIRAAN"....walaupun ianya hanya membawa limpahan air mata bagi yang memahami...


Kenangan silam..pahit ku telan jua.....


ermmmmmm,5 bulan dah berlalu....dan 5 bulan ini lah dah banyak mengajar aku, kasih sayang,kejujuran,kesetiaan, pengorbanan, ketulusan, kepercayaan, dan kehidupan...........macam2 dah berlaku kat aku, seperti mana aku katakan ...kehidupan aku mula berubah bila terbitnya kasih sayang yang betul2 tulus dari hati, namun...kesetiaan di jadikan gurauan pada diriku....sebak sangat,pedih.........rasa dipermainkan, itu pertama kali aku dibuat sebegitu...apasalah aku. Aku tak pernah ada niat nak wat kat sesiapa sebegitu...

kenapa perkara macam ni berlaku kat aku.namun aku tak tahu, aku keliru kenapa aku masih bersabar walaupun dugaan yang menimpa aku bolh mendatang kan kemarahan...ermmm mungkin kasih sayang aku sangt kuat padanya,takpa la...mungkin ada hikmahnya...aku akan cuba hilangkan perasaan ni....tapi mungkin sukar juga....yang penting pengajaran yang aku dapat adalah sifat penyabar yang kuat perlu ada....redha dengan apa terjadi,tak perlu nak berdendam..dendam takkan dapat selesaikan semua masalah,aku terima dengan apa yang telah menimpa aku....kasih sayang aku dipermainkan...kawan yang aku percaya tikam belakang aku..hermmm.bertahan dan pikir positif yang always aku lakukan,jangan marah2...setel secara baik...yang paling penting kemaafan,

 aku mintak maaf pada semua yang terlibat dengan maslah aku ni...minta maaf banyak2...n aku takkan paksa untuk diriku dimaafkan,hak masing2...yang aku tahu kemaafan dari ku dan aku maafkan semua orang yang aku sayang yang terlibat.....aku always sayang korang......aku takkan berubah ,aku akan stay dengan fray yang sebegini...biarlah orang lain berubah,tapi jangan diri aku yang berubah...sebab itu adalah pendirian kita.
"LULUH HATIKU AKHIRNYA..."


Saturday 5 November 2011

LUAHAN HATIKU..2010..

Mungkin aku selalu menyanyangi, banyak orang yang dah aku berikan kasih sayang, tapi sejak kemunculan dia, aku mula sedar hidup aku berubah.dia istimewa bagiku.entah mengapa. Aku lebih gembira dari biasa, lebih semangat dari biasa.....aku rasakan  aku diberi satu nafas baru...satu perasaan yang tak pernah aku rasakan selama ini...sentiasa teringat kan dia, tak kira malam ..siang....pagi....setiap deringan aku mengharapkan namanya yang akan terpapar di skrin hanset aku....aku gembira dan aku tau dia pun sama....namun kegembiraan aku rasakan semakin pudar....aku tak tahu kenapa...perselisihan faham selalu menjadi punca kemusnahan ....aku sentiasa pertahankan, namun..bagiku tiada gunanya.....aku tak mampu kuatkan diri aku untuk bangkit lagi......aku kurang semangat. walaupun ada yang ingin mengantikan tempatnya, ia masih belum cukup untuk aku lupakan dia.........


 Aku tahu, ada ramai lagi yang inginkanya...aku sentiasa berpura-pura tidak marah atau cemburu, aku taknak tunjukkan sikap seperti itu didepanya...walhal, aku rasakan seperti perubahan akan berlaku tak lama lagi, Aku binggung..perlukah aku pertahankan ataupun hanya mendiamkan diri........aku cuba, sentiasa cuba dan mengharap keajaiban akan berlaku... Tapi hari demi hari, makin tak menjadi...berbagai masalah yang timbul. Aku mula putus asa, aku terima pemergianya....walaupun hatiku sentiasa berbisik supaya jangan lepaskan dia. Aku rasa ada yang lebih baik untuknya...aku terpaksa ego kan diri aku, supaya dia membenci  dengan diri aku...aku mula marah-marah, supaya dia tak tahan dengan sikap aku....aku mula caci mencaci, supaya dia melupakan aku...aku mula memperlekehkan dia, supaya dia sedih dan hampa dengan aku....


 Aku taknak semua ni berlaku, dan aku tak sanggup buat perkara2 sebegini padanya...sebab aku sayangkan dia...namun aku terpaksa...disebabkan aku sayang dia , aku harus lakukan sebegini. Sekarang, aku tidak memilikinya lagi....rasa hampa dan sedih sentiasa ada..dia adalah yang terbaik yang pernah aku ada........lain rasanya tanpa kehadiran dia. Segala janji2 yang dilafazkan semasa perkenalan aku rasakan bagai terbakar begitu saja............segala niat dan impian musnah dengan sekelip mata..tapi sampai sekarang aku masih ego kan diri aku padanya..


 Tapi kenapa....kenapa..kenapa, perasaan aku bagaikan semacam, seperti ada ombak yang memukul batuan pantai di dalam hatiku..............mungkinkah ini adalah perasaan sayang yang aku kunci supaya tidak keluar dari hatiku........walaupun aku berpura-pura ego selama ni..namun aku tak boleh tipu perasaan aku...aku masih ingatkan dia. Aku masih ingat sewaktu dia buatkan aku tersenyum ketika sedih...buatkan aku ketawa ketika aku sakit....buatkan aku ceria sewaktu aku melihat senyumanya............namun semua ini takkan dapat merubah apa-apa pun...dia menjadi kepunyaan orang lain sekarang, aku kena terima,walaupun aku terpaksa menelan kesakitan dan menyimpan kedukaan dalam diriku...


 Mungkin sekarang ni, dia dah lupakan aku....kalau benarlah apa yang aku katakana ini, aku tak mampu memaksanya, sebab dia dah matang dan mampu untuk berfikir secara baik..dan bagiku tak salah untuk seorang lelaki menitiskan air matanya untuk orang yang aku hargai...tak salah menitiskan air matanya untuk orang yang aku SAYANGI...............


Aku harap, keajaiban yang akan mengubah semula ke asal,tanpa aku........dan jadikan dirinya selamat dan lebih baik bersama orang yang dia sayangkan.......... : ‘(

"KENANGAN SILAM BAIK @ BURUK PATUT DIJADIKAN IKTIBAR"

Friday 4 November 2011

Jom masak..kalah master chef

Bercerita pasal masak memasakni...ermmm semua tau leceh sesangat..tapi nak wat camna,sebulan aku stay sorang2 kat rumah..family semua tgal kat umah lagi satu.hurmmm untuk mengelakkan kebuluran...baik ringgankan tulang kedapur...nak kata hebat tak la sangat,tapi bolehlah setanding master chef yer dak..hehehe perasan nihhhhhh......ala,bukan masak yang berat2 pun,aku kira masak benda2 yang mudah...sedap....n asalkan kenyang...itu yang penting...


resepi bersama adik
menu sihat

yang pictre kat atas tu menjadi kenangan.sup sayur campur dengan ayam garlic with special sos.yang tu bukan aku masak,aku just jadi pembantu jer, adik aku yang masak...pakar dia dalam bidang2 masak ni.....aku pun kalah, yang penting apa yang disajikanya memang sedap tiptop bak kata orang putih..terbaikkkkkkkkkkkkkk.

yang menu sihat tu aku punya resepi,ala nak jaga badan..makan pun benda2 sihat jer...takut ler kang terlebih makan nanti jadi  gembira (gemuk) pulak.kannnnnn



ala2 barat

Ala2 barat....sekali sekala nak jugak menelan makanan ala2 luar tempatan nikan....mcm tajuk dia jugak ayam tiram bersama cendawan...layannnnnnn sedapnya mkanan ni...sekali rasa nak lagi..menu istimewa aku...selebihnya korang tgok la sendiri pictre2 menu aku masak..tak semua aku tayangkan...sesetengahjer..untuk jadi tatapan umum..hahahahha




2 hidangan lagi dari hasil tangan aku....

So, selera tak tgok...sedap kan...aku pun tak tau sejak bila aku pandai masak..tup2 dah siap,rasa2 sedap la pulokkkkkk..ehehhe..lain kali nak cuba lain lak..apamacam???dari memasak jer..aku dah belajar something......
"HIDUP KENA BERSUNGGUH2 BILA NAK BERDIKARI,KALAU TAK HANGAT2 TAHI AYAM LA JAWABNYA"


Anak buah.........

Sebulan yang lepas satu family aku naik pangkat.....besar punya,hahaha pangkat dalam keluarga jer,my mom n my father dah jadi NANY & WAN,aku lak dah jadi PAKSU, tua sangat bunyinya...yerla sempena menyambut orang baru dalam family aku.akhirnya selepas 9 bulan usung sana usung sini,my lovely sister lahirkan baby boy,comel sangat..........muka baby sekali kluar iras muka abang ipar ler...

Baby boy aniq

ermm...pictre aku dukung aniq ni takder lagi,yerla aku bukan pandai sangat dukung2 baby baru lahir,lagipun  baby ni asyik tido jer....boring pun ada.huuhuhuhu....tapi yang penting asalkan family kakak aku ni bahagia..dapat jugak seorang baby boy yang cute walaupun baby pertama mungkin orang kata takder rezeki masa tu kannnn....

Scoot baru...........


Alhamdulillah..........thanks MOM....akhirnya impian aku nak memiliki sebuah scoot baru menjadi kenyataan...kenapa thanks MOM???? nak tau sebabnya,sebab mak kesayangan aku yang bayarkan duit muka sabanyak RM2750...amin....selamat duit aku.hehehhe.dapat jugak aku scoot baru..yerla scoot lama dah jual akibat rosak teruk,kesnya asyik xcdent ajer memanjang..bukan tak tau bawak,tapi member2 kata aku bawak scoot macam orang giler..huuhuh sampai hati diorang..tapi peduli apa orang nak cakap kannn.
Aku bersama LILO

Yang pictre atas ni,aku bersama LILO....Sapa lilo..hahah lilo tu la scooter aku, orang kesayangan  aku yang berikan nama tu..comel tak.hehhehhee,ermmm puas hati aku bila dapat NUOVO LC..dah la model baru,sedap bawak lak tu..mula2 pilihan ego lc,last2 tup2......pilih scoot merah ni.sebab lebih sesuai dengan aku.apa2la..yang penting "puas hati"
"ORANG KATA KALAU WAT PILIHAN BIAR TEPAT & JANGAN TOLEH2 LAGI"

Akhirnya......blog baru aku siap jugak,so kali ni aku nak ringkas.semuanya ringkas..malas nak cerita panjang kannn...hurmm,terhasilnya blog ni, now aku leh la cakap apa sahaja aku nak,aku leh luahkan apa sahaja aku nak,aku leh ceritakan apa sahaja aku nak,tak kira apasahaja yg terlintas...yang pasti asalkan aku puas hati,yerla kadang2 bahan media teknologi ni jugak mampu beri aku ketenangan bila stress atau pun bila aku nak berkongsi masalah.betul tak..jadi,aku harap korang semua yang melawat blog aku ni dapat terima cara aku sebagai blogger,yang tak dapat terima tu,senyap2 sudah k..aku cara aku..korang cara korang.....apa2pun aku ucpkan terima kasih yang sudi membaca n menyelami blog KRONOLOGI "FRAY" ni....
Aku sebagai BLOGGER