Kronologi "FRAY"

KRONOLOGI "FRAY" Apa cerita??? semestinya cerita tentang kehidupan aku yang aku nak luahkan kat blog ni...so memandangkan ni blog aku,aku boleh katakan apa sahaja yang aku mahu...yang penting aku hanyalah blogger biasa yang inginkan pembaharuan dalam setiap sudut pemikiran..."HIDUP PERLU PERUBAHAN JIKA KITA NAK MAJU KEHADAPAN" kannnnnn..........

Saturday, 5 November 2011

LUAHAN HATIKU..2010..

Mungkin aku selalu menyanyangi, banyak orang yang dah aku berikan kasih sayang, tapi sejak kemunculan dia, aku mula sedar hidup aku berubah.dia istimewa bagiku.entah mengapa. Aku lebih gembira dari biasa, lebih semangat dari biasa.....aku rasakan  aku diberi satu nafas baru...satu perasaan yang tak pernah aku rasakan selama ini...sentiasa teringat kan dia, tak kira malam ..siang....pagi....setiap deringan aku mengharapkan namanya yang akan terpapar di skrin hanset aku....aku gembira dan aku tau dia pun sama....namun kegembiraan aku rasakan semakin pudar....aku tak tahu kenapa...perselisihan faham selalu menjadi punca kemusnahan ....aku sentiasa pertahankan, namun..bagiku tiada gunanya.....aku tak mampu kuatkan diri aku untuk bangkit lagi......aku kurang semangat. walaupun ada yang ingin mengantikan tempatnya, ia masih belum cukup untuk aku lupakan dia.........


 Aku tahu, ada ramai lagi yang inginkanya...aku sentiasa berpura-pura tidak marah atau cemburu, aku taknak tunjukkan sikap seperti itu didepanya...walhal, aku rasakan seperti perubahan akan berlaku tak lama lagi, Aku binggung..perlukah aku pertahankan ataupun hanya mendiamkan diri........aku cuba, sentiasa cuba dan mengharap keajaiban akan berlaku... Tapi hari demi hari, makin tak menjadi...berbagai masalah yang timbul. Aku mula putus asa, aku terima pemergianya....walaupun hatiku sentiasa berbisik supaya jangan lepaskan dia. Aku rasa ada yang lebih baik untuknya...aku terpaksa ego kan diri aku, supaya dia membenci  dengan diri aku...aku mula marah-marah, supaya dia tak tahan dengan sikap aku....aku mula caci mencaci, supaya dia melupakan aku...aku mula memperlekehkan dia, supaya dia sedih dan hampa dengan aku....


 Aku taknak semua ni berlaku, dan aku tak sanggup buat perkara2 sebegini padanya...sebab aku sayangkan dia...namun aku terpaksa...disebabkan aku sayang dia , aku harus lakukan sebegini. Sekarang, aku tidak memilikinya lagi....rasa hampa dan sedih sentiasa ada..dia adalah yang terbaik yang pernah aku ada........lain rasanya tanpa kehadiran dia. Segala janji2 yang dilafazkan semasa perkenalan aku rasakan bagai terbakar begitu saja............segala niat dan impian musnah dengan sekelip mata..tapi sampai sekarang aku masih ego kan diri aku padanya..


 Tapi kenapa....kenapa..kenapa, perasaan aku bagaikan semacam, seperti ada ombak yang memukul batuan pantai di dalam hatiku..............mungkinkah ini adalah perasaan sayang yang aku kunci supaya tidak keluar dari hatiku........walaupun aku berpura-pura ego selama ni..namun aku tak boleh tipu perasaan aku...aku masih ingatkan dia. Aku masih ingat sewaktu dia buatkan aku tersenyum ketika sedih...buatkan aku ketawa ketika aku sakit....buatkan aku ceria sewaktu aku melihat senyumanya............namun semua ini takkan dapat merubah apa-apa pun...dia menjadi kepunyaan orang lain sekarang, aku kena terima,walaupun aku terpaksa menelan kesakitan dan menyimpan kedukaan dalam diriku...


 Mungkin sekarang ni, dia dah lupakan aku....kalau benarlah apa yang aku katakana ini, aku tak mampu memaksanya, sebab dia dah matang dan mampu untuk berfikir secara baik..dan bagiku tak salah untuk seorang lelaki menitiskan air matanya untuk orang yang aku hargai...tak salah menitiskan air matanya untuk orang yang aku SAYANGI...............


Aku harap, keajaiban yang akan mengubah semula ke asal,tanpa aku........dan jadikan dirinya selamat dan lebih baik bersama orang yang dia sayangkan.......... : ‘(

"KENANGAN SILAM BAIK @ BURUK PATUT DIJADIKAN IKTIBAR"

No comments:

Post a Comment