Kronologi "FRAY"

KRONOLOGI "FRAY" Apa cerita??? semestinya cerita tentang kehidupan aku yang aku nak luahkan kat blog ni...so memandangkan ni blog aku,aku boleh katakan apa sahaja yang aku mahu...yang penting aku hanyalah blogger biasa yang inginkan pembaharuan dalam setiap sudut pemikiran..."HIDUP PERLU PERUBAHAN JIKA KITA NAK MAJU KEHADAPAN" kannnnnn..........

Sunday, 6 November 2011

TINDAKAN YANG DISALAH ERTI...........

Pengorbanan....bila disedar semula,aku bekorban demi orang yang aku sayang,orang yang aku percaya,orang yang aku anggap sebagai kawan...namun,perkara yang dikorbankan berakhir dengan tanda tanya akibat perubahan sikap dan personalitinya...ermmm,apa salah aku bila bekorban..mungkin tindakan yang aku lakukan bagi aku untuk membantunya...tapi apa yang diliht dr sudut pandanganya hanyalah pertanyaan yang tak mampu terungkap,yang tak mampu dilafazkan dan yang tak mampu difikirkan..


sebaga seorang sahabat mungkin itu sebahagian dari cara aku untuk membantu...tapi aku tak salahkan seiapa jika cara yang aku lakukan mendatangkn pandangn buruk dan keji pada diriku...aku sedar siapa aku, hanya aku yang mengetahui diri ku,hanya aku yang mengetahui sifatku,hanya aku yang mngetahui cara ku,hanya aku yang mengetahui personalitiku dan hanya aku yang tahu tindakbalas ku......tapi seandainya,orang2 yang mengenali ku membuat tanggapan yang dikatakan apa2 sahaja yang ingin diluahkan  terhadap ku..aku terima seadanya..aku berharap kepuasan hati terhadap pemikiran dan tomahan yang dilemparkan pada diriku memberi seribu kegembiraan terhadap mereka...


 aku hanya manusia biasa yang masih belajar dari kesilapan hidup yang penuh cabaran onak dan duri yang sentiasa berlegar disetiap saat hidupku...aku cuba,aku cuba.cuba.dan terus mencuba membaiki dan membetulkan apa yang dianggap slah........sehinggala fray daznle yang orang kenal selama ni memejamkan matanya buat kali terakhir.....mampu atau tidak,terserah pada usaha diriku,selebihnya tawakal menjadi tatapan hidupku,seperti yang selalu dikatakan aku akan terus buat orang tersenyum,ketawa,dan gembira...biarlah topeng senyuman yang selalu terukir diwajahku dilihat ramai,dan bukan lah kesedihan yang terpacul di ruang penuh wajahku...apa2 yang terjadi,aku akan sentiasa bersabar kerana aku percaya "KESABARAN MEMBAWA KEGEMBIRAAN"....walaupun ianya hanya membawa limpahan air mata bagi yang memahami...


No comments:

Post a Comment